KUALA LUMPUR, 6 April – Infomina Bhd telah dilantik sebagai penyedia perkhidmatan untuk platform pengekstrakan data oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

Infomina berkata platform itu akan memudahkan orang ramai dalam mencari, mengekstrak dan membeli data syarikat serta perniagaan yang berdaftar dengan SSM. 

“Pelantikan ini adalah bagi tempoh enam tahun bermula 31 Mac 2023 sehingga 30 Mac 2029. Infomina akan mengenakan caj perkhidmatan, yang akan berdasarkan kepada penggunaan sebenar platform,” katanya.

Pengarah Urusannya, Yee Chee Meng berkata syarikat tersebut terus mengukuhkan kedudukannya di Malaysia melalui pelantikan daripada SSM. 

“SSM memainkan peranan penting dalam semua sektor korporat serta perniagaan di Malaysia dan merupakan penjaga kepada sejumlah besar data di samping memastikan pematuhan kepada pendaftaran perniagaan serta perundangan korporat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here