BEIJING, 8 April — China dan Jepun akan mengadakan rundingan peringkat tinggi pusingan ke-15 mengenai urusan maritim di Tokyo pada 10 April.

Menurut jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning, rundingan itu akan dihadiri wakil kedua-dua pihak antaranya daripada badan hal ehwal luar, pertahanan, penguatkuasaan undang-undang maritim dan lain-lain.

Mao berkata China menanti-nantikan pertukaran pendapat mengenai isu-isu maritim dengan Jepun untuk meningkatkan kesalingpercayaan, mendorong usaha menangani pertikaian dengan baik dan memperkasa kerjasama pragmatik dalam bidang berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here