HAIKOU, 15 April – Lebih 150,000 pengunjung terdiri pedagang dan pembeli profesional telah mengunjungi Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) edisi ketiga sejak ia dibuka di Haikou pada Isnin lalu.

Pavilion Xinjiang terdiri daripada empat kawasan pameran dan mempamerkan lebih 100 jenis produk istimewa keluaran Xinjiang.

Antaranya ialah produk tekstil yang dibuat daripada kapas Xinjiang, kacang dan produk tenusu dan berjaya mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

Xinjiang mempunyai musim salji paling panjang di China dan kaya dengan pemandangan alam yang memukau.

Pada dua bulan pertama tahun ini, bilangan pelancong yang melawat Xinjiang melebihi 23 juta, membawa keuntungan bernilai RMB17.84 bilion (RM11.44 bilion).

Jumlah penjualan runcit produk awam pula merekodkan RMB57.76 bilion (RM37.04 bilion), menyaksikan kerancakkan pasaran penggunaan di Xinjiang.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Perdagangan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, He Guoqing berkata pada tahun ini kempen “promosi penggunaan” akan dilancarkan yang menyaksikan pemberian subsidi kepada komoditi pukal seperti kereta dan barangan elektrik kegunaan rumah untuk memacu pasaran penggunaan di wilayah itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here