BEIJING, Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Qin Gang dan rakan sejawatnya dari Jerman, Annalena Baerbock mempengerusikan bersama dialog strategik China-Jerman mengenai diplomasi dan keselamatan pusingan keenam di Beijing pada Jumaat.

Qin menekankan bahawa China dan Jerman adalah rakan berkongsi, bukan pelawan. Kedua-dua pihak harus mengembangkan hubungan bilateral secara mandiri.

“China bersedia untuk menggalakkan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Jerman.

“Kedua-dua pihak perlu membuat persiapan bersama-sama untuk rundingan antara kerajaan China-Jerman serta sidang peringkat tinggi mengenai mekanisme dialog pertukaran sosiobudaya, selain menghidupkan lebih daripada 70 mekanisme dialog antara kedua-dua negara,” kata Qin.

Bagi menghadapi bersama-sama cabaran global, Qin mencadangkan kedua-dua negara untuk menegakkan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan, bersama-sama mempertahankan amalan multilateralisme dan norma asas hubungan antarabangsa yang berteraskan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

“China dan Jerman mempunyai tanggungjawab dan keupayaan untuk bertindak sebagai penjaga dan penggerak globalisasi serta menolak bersama-sama tindakan mencantas hubungan dalam bidang ekonomi,” kata Qin.

Baerbock pula berkata, pihaknya mengembangkan hubungan dengan China secara mandiri dan berharap untuk menyambung semula pertukaran dan dialog dua hala dalam pelbagai bidang.

“Jerman tidak bersetuju mengenai tindakan mencantas hubungan dalam bidang ekonomi, sebaliknya berharap untuk bekerjasama rapat dengan China dalam isu-isu global,” kata Baerbock.

Qin Guang juga menghuraikan pendirian China dalam krisis Ukraine dengan menegaskan bahawa rundingan damai merupakan satu-satunya jalan bagi menyelesaikan isu tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here