GUANGZHOU, 17 April – Pameran Import dan Eksport China atau ‘Canton Fair’ edisi ke-133 yang membuka tirainya pada Sabtu mencipta rekod baharu apabila bilangn pengunjung mencatat hampir 370,000 orang pada hari pembukaan. 

Pada tahun ini semua acara diadakan semula secara fizikal, manakala keluasan ruang pameran dan bilangan syarikat pempamer turut bertambah berbanding edisi sebelumnya.

Terdapat ratusan ribu pembeli dari lebih 220 buah negara dan wilayah mengambil kesempatan untuk mendapatkan peluang perniagaan yang ditawarkan menerusi pameran berprestij itu.

Dijadualkan berlangsung dari 15 April hingga 5 Mei, pameran itu turut menganjurkan lebih 300 aktiviti debut produk baharu secara hibrid membabitkan kategori seperti pembuatan perindustrian, barang elektronik, peralatan rumah, fesyen dan lain-lain.

Menurut Timbalan Setiausaha Agung Canton Fair, Wen Zhongliang, jumlah kumulatif perolehan eksport melalui pameran itu mencecah kira-kira US$1.5 trilion (RM6.62 trilion) sejak pelancarannya pada 1957, dengan menyaksikan kehadiran kira-kira 10 juta pembeli asing secara maya dan fizikal.

Wen yang juga Timbalan Ketua Pengarah Pusat Perdagangan Luar China (CFTC) menyifatkan acara berkenaan berperanan penting dalam usaha memantapkan hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dengan negara-negara lain di dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here