PUTRAJAYA, 17 April – Tiada arahan dikeluarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk Menteri Sumber Manusia V Sivakumar direhatkan daripada jawatan susulan penahanan beberapa pegawainya yang dipercayai berkaitan isu pengambilan pekerja asing, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

“Setakat ini tiada arahan daripada PM (Perdana Menteri) untuk Sivakumar ambil cuti,” kata Loke yang juga Menteri Pengangkutan。

Semalam Sivakumar yang juga Ahli Parliman Batu Gajah itu telah hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberi kenyataan berhubung kes terbabit.

Loke berkata kes berkenaan masih dalam siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita (DAP) masih pantau perkembangan kes buat masa ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here