WASHINGTON, 21 April – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dilaporkan akan mengumumkan keputusan untuk bertanding semula pada minggu depan.

Beberapa media di AS termasuk The Washington Post, The Associated Press dan Bloomberg, melaporkan berita itu pada Khamis.

Bagaimanapun, Rumah Putih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung laporan itu. 

Sebelum ini, Biden, 80, telah berulang kali menyuarakan hasratnya untuk bertanding semula,  namun pengumuman rasmi mengenainya belum dibuat sehingga kini.

Pilihan raya presiden AS 2024 dijadualkan pada 5 Nov 2024.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here