KUALA LUMPUR, 23 April – Penyampai radio HotFM, Khairy Jamaluddin, 47, mencuri perhatian netizen apabila tampil bermain alat muzik bersama anak-anak dan isteri, Nori Abdullah.

Khairy atau lebih akrab disapa KJ, menghiburkan pengikut dengan lagu Suasana Hari Raya yang dipopularkan Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini dalam versi yang lebih rancak.

Berdasarkan kapsyen mengiringi perkongsian itu, video raya berjudul Ironwood x Cougiran itu menyaksikan kolaborasi Khairy dan keluarga bersama guru jurusan muzik di akademi muzik, Ironwood.

“Hari raya tahunan dengan kolaborasi bersama guru-guru di Ironwood. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin,” tulis Khairy.Tampil mengenakan pakaian warna sedondon iaitu merah, kolaborasi itu mendapat maklum balas positif apabila rata-rata pengikut bekas Menteri Kesihatan itu memuji persembahannya. Ramai pengikut menyifatkan Khairy serba boleh dan berbakat besar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here