ATHENS, 28 April – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu menggesa perdamaian segera di Sudan bagi mengelak krisis pelarian yang besar.

“Konflik kejam di Sudan kini memaksa puluhan ribu orang meninggalkan rumah mereka untuk mencari perlindungan di dalam negara dan merentasi sempadan,” kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian, Filippo Grandi.

Sambil mengulangi bahawa keperluan kemanusiaan di negara itu sudahpun mendesak sebelum kegawatan terbaru, keadaan semasa melonjakkan lagi jumlah orang yang kehilangan tempat tinggal.

Selain itu Grandi berkata sejumlah besar pelarian Sudan mula melarikan diri ke negara jiran, termasuk Mesir dan Chad.

Beliau merayu kepada semua negara jiran Sudan supaya memastikan sempadan mereka terbuka kepada orang ramai yang mencari perlindungan, katanya.

Sekurang-kurangnya 460 orang terbunuh dan lebih 4,000 cedera dalam pertempuran antara tentera dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) sejak 15 April, menurut Kementerian Kesihatan Sudan.

Perselisihan faham tercetus sejak beberapa bulan kebelakangan ini antara tentera dan RFS mengenai pembaharuan keselamatan tentera.

Pembaharuan itu membayangkan penyertaan penuh RSF dalam tentera – salah satu isu utama dalam rundingan dengan pihak antarabangsa dan serantau dalam peralihan kepada pemerintahan awam dan demokrasi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here