KUALA LUMPUR, 29 April – Kerajaan harus berhati-hati bagi mengelak daripada melakukan ‘kesilapan politik’ dalam melaksanakan agenda pembaharuan berkaitan isu hak asasi manusia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan perlu meneliti beberapa kaedah dan perkara dari segi perundangan sebelum melaksanakan agenda pembaharuan membabitkan isu hak asasi manusia yang sudah semestinya memerlukan masa.

Justeru, Perdana Menteri menggesa kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) agar bersikap lebih objektif dalam melontarkan kritikan terhadap kerajaan berhubung pelaksanaan pembaharuan di negara ini.

“Kita berurusan dengan rakyat. Kita telah melihat kesilapan dilakukan dengan (percubaan untuk meratifikasi) ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum).

“Kami komited dalam memperjuang isu hak asasi manusia tetapi anda (SUARAM) perlu berikan masa (untuk pembaharuan),” katanya.

Semalam, SUARAM melontarkan kritikan terhadap Anwar dengan menyatakan bahawa beliau mungkin dilabel sebagai ‘Perdana Menteri Malaysia yang paling teruk’ jika tidak berusaha melaksanakan perubahan dan pindaan berkaitan agenda pembaharuan membabitkan isu hak asasi manusia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here