BEIJING, 2 Mei – Pameran Ciptaan Antarabangsa Geneva ke-48 yang berlangsung selama lima hari telah melabuhkan tirainya di sini pada Ahad.

China mempamerkan prestasi cemerlang dengan meraih sebanyak 55 hadiah emas.

Lebih 1,000 item ciptaan dari 40 negara dan wilayah diketengahkan pada pameran itu dan sebanyak 165 item dihasilkan oleh China.

Feng Jiashu, 11, dari China menjadi pencipta termuda yang meraih emas menerusi karyanya “Electronic Bird’s Nest on the Internet of Things.”

Beliau turut menerima ucapan tahniah daripada Presiden Panel Juri Antarabangsa, David Taji Farouki.

Lima ciptaan dari Sinopec meraih empat emas dan satu gangsa.

Wakil pasukan pencipta “Teknologi penyahsulfuran penjerapan petrol S Zorb” China yang meraih emas, Song Ye, berkata pihaknya bersedia mempromosi teknologi pengeluaran petrol bersih itu ke negara-negara yang terlibat dengan Inisiatif “Jalur dan Laluan”.

Tujuh item ciptaan Institut Penyelidikan Kuasa Elektrik China pula meraih empat emas, dua perak dan satu gangsa.

Antaranya, projek peranti peredam untuk peralatan elektrik pencawang yang memenangi emas telah digunakan di sebahagian negara termasuk Indonesia, Filipina dan Chile.

Ketua pakar institut penyelidikan itu, Zhou Zexin, berkata ciptaan berkenaan amat berkesan bagi meningkatkan daya antiseismik kemudahan elektrik di kawasan yang dilanda gempa bumi kuat.

Pameran itu yang mula diadakan pada tahun 1973 merupakan antara pameran ciptaan yang paling lama dan terbesar di dunia.

Edisi 2020 tidak diadakan akibat penularan pandemik COVID-19, manakala edisi 2021 dan 2022 diadakan secara dalam talian. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here