Terdahulu dilaporkan Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 22 tahun terhadap Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down, dikenali sebagai Bella.

Hakim Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi kesalahan mengabai dan 12 tahun penjara untuk pertuduhan menganiaya, namun Siti Bainun hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun, selepas hukuman itu diperintah berjalan secara serentak, bermula hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here