GEORGE TOWN, 5 Mei – Mana-mana bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang berkhidmat selama dua penggal sebelum atau selepas pindaan Perlembagaan Negeri berkuat kuasa, tidak boleh dilantik semula ke jawatan sama.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Perkara 7 Fasal 2 (a)(ii) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan Ketua Menteri hendaklah dilantik dalam kalangan individu yang tidak pernah pada bila-bila masa memegang jawatan itu bagi dua penggal.

“Undang-undang itu jelas dan ia bukan sahaja mengikat saya pada masa hadapan tetapi (turut) mengikat mana-mana Ketua Menteri yang sudah berkhidmat selama dua penggal pada bila-bila masa,” katanya.

Chow berkata isu yang ditimbulkan itu memberi kesempatan baginya menjelaskan kedudukan pindaan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang yang mula berkuat kuasa pada 1 Feb 2019.

“Saya harap jawapan pandangan dari sudut perundangan ini akan memberi pencerahan kepada mereka yang mungkin tidak begitu jelas mengenainya dan menjadi pendidikan politik kepada rakyat yang berminat dengan isu ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here