KOTA SAMARAHAN, 5 Mei – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan kerja menaik taraf jalan raya yang dibina di bawah Projek Jiwa Murni di negeri ini, yang dianggar membabitkan kos berjumlah RM85 juta.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata kerja menaik taraf jalan di kawasan luar bandar itu akan dijalankan mengikut spesifikasi ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi peruntukan khas penyelenggaraan jalan kerajaan Persekutuan.  

“Jalan-jalan di bawah Projek Jiwa Murni (di Sarawak) ini kebanyakannya di (telah dibina) kawasan Baram, Hulu Rajang, Kapit dan ada juga di kawasan Betong,” katanya.

Rubiah berkata jalan-jalan terbabit telah dibina menggunakan tenaga anggota dan jentera Angkatan Tentera Malaysia bagi menangani isu kekangan peruntukan kerajaan untuk membina jalan perhubungan ke kampung di kawasan luar bandar.

“Namun, projek Jiwa Murni ini berbentuk ‘one-off’, maksudnya bila dilaksanakan, tidak ada (peruntukan) untuk penyelenggaraan jalan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here