China mempergiat pembinaan pangkalan tenaga angin dan fotovoltaik berskala besar, loji hidroelektrik penting dan simpanan air yang dipam pada beberapa tahun lalu, sehingga mencapai kejayaan besar dalam penggunaan tenaga boleh baharu.

Menurut statistik Jabatan Sumber Tenaga Negara, unit janakuasa tenaga angin dengan kapasiti 10.4 kilowatt dipasang dan disambung ke grid negara pada suku pertama tahun ini.

Dalam tempoh yang sama, kadar penggunaan elektrik tenaga angin di seluruh negara mencatat 96.8 peratus, lebih kurang sama berbanding tempoh sama tahun lalu. Jumlah pelaburan bagi elektrik tenaga angin mencatat kira-kira RMB24.9 bilion (RM15.6 bilion), naik 15 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here