BANGI, 9 Mei – Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar hari ini mengesahkan lima pegawainya telah ditamatkan perkhidmatan.

Sivakumar berkata tindakan tersebut bagi memastikan kementerian itu dapat berfungsi dengan lancar dan baik.

“(Pemencatan) itu memang ada kerana nak pastikan bahawa kementerian dapat berfungsi dengan lancar dan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan media sebelum ini yang mendakwa lima pegawainya dipecat serta-merta susulan penahanan beberapa orang pegawai kanannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berkaitan isu pengambilan pekerja asing, April lepas. 

Dalam perkembangan lain, Sivakumar berkata sejumlah 21,534 kes kecederaan pekerjaan direkodkan di negara ini pada 2021 iaitu menurun 34 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Katanya daripada jumlah tersebut, sebanyak 301 kes melibatkan kematian.

Menurutnya penurunan kadar kecederaan pekerjaan itu disebabkan peningkatan kesedaran pelbagai pihak berpentingan mengenai keperluan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) yang baik.

Mengenai GLC OSH Summit, Sivakumar berkata ia merupakan kali pertama dianjurkan bersama syarikat berkaitan kerajaan sekali gus menandakan keseriusan dan keprihatinan kerajaan dalam memastikan tenaga kerja sentiasa dalam keadaan selamat serta kesihatan mereka terjaga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here