ARAU, 13 Mei – Kerajaan Perpaduan yang didukung pelbagai parti politik tidak pernah melupakan agenda kepentingan Melayu dan Islam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata perjuangan Kerajaan Perpaduan adalah selari dengan objektif penubuhan dan perjuangan UMNO iaitu untuk agenda Melayu serta Islam, dan pada masa yang sama kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga tidak akan mengenepikan agenda agama dan bangsa lain dalam negara.

“Ini termaktub di dalam perlembagaan UMNO, bahawa kita menjadikan agama Islam sebagai objektif penubuhan dan perjuangan parti, tanpa mengenepikan mana-mana agama,” katanya.

Sementara itu ketika dirujuk mengenai peluang UMNO di Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya negeri (PRN) nanti, Ahmad Zahid berkata beliau yakin sokongan rakyat kini sudah beralih kepada Kerajaan Perpaduan. 

“Saya yakin trend telah berubah haluan daripada ‘Anti-Establishment‘ kepada ‘Pro-Establishment‘ dengan keyakinan yang tinggi terhadap Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here