KAMPAR, 14 Mei – PKR Perak sudah bersiap sedia membantu rakan parti itu dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di enam negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam waktu terdekat.

Setiausaha PKR Perak, Mohd Azlan Helmi berkata perincian lanjut berhubung perkara itu akan dimuktamadkan kepimpinan parti di peringkat pusat.

“Kita masih menunggu (arahan) daripada mereka dan saya fikir jentera pilihan raya di peringkat negeri telah disusun rapi mengikut keperluan dan bidang tugas masing-masing.

“Kita juga tiada masalah jika arahan daripada pusat menghantar kita ke mana-mana negeri bagi menghadapi PRN kali ini,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan PRN membabitkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan bakal dilangsungkan serentak dan kepimpinan kerajaan enam kerajaan berkenaan sepakat bahawa masa paling sesuai bubar Dewan Undangan Negeri masing-masing ialah dua minggu terakhir bulan Jun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here