BANGKOK, 14 Mei – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand menjangkakan 80 peratus daripada kira-kira 52 juta pengundi yang layak akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada Ahad ini.

Pengundian bermula pada 8 pagi (waktu tempatan) dan berakhir pada 5 petang Ahad.

Pengundi akan memilih 500 wakil rakyat untuk tempoh empat tahun akan datang dengan 400 kerusi menerusi pilihan raya manakala 100 lagi kerusi berdasarkan perwakilan berkadar parti.

Pada Ahad lepas, lebih 90 peratus daripada kira-kira 2.3 juta pengundi berdaftar keluar mengundi awal.

SPR menjangkakan 95 peratus keputusan tidak rasmi akan diumumkan menjelang 11 malam.

Sementara itu, semua aktiviti kempen akan berakhir pada 6 petang (waktu tempatan) hari ini.

Dalam kempen pada saat-saat akhir, parti-parti politik menggesa pengundi keluar mengundi.

Pilihan raya itu yang pertama sejak protes besar-besaran diketuai oleh belia pada 2020 dan kedua sejak rampasan kuasa tentera pada 2014 yang menyaksikan penyingkiran kerajaan dipilih. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here