PETALING JAYA, 16 Mei – OldTown White Coffee memperkenalkan 11 makanan dan enam minuman berasaskan menu sihat sebagai pilihan baharu buat pelanggan mereka bemula hari ini.

Ketua Penjenamaan dan Pemasaran Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd Eda Hayati Ariffin berkata menu sihat yang bakal diperkenalkan itu memberi ruang untuk penggemar makanan kopitiam yang ingin mencari menu alternatif.

Beliau berkata menu sihat yang diperkenalkan menggunakan ayam dan telur yang berasaskan tumbuhan, manakala minuman pula menggunakan susu oat.

“Menu ini diperkenalkan selepas menyedari trend pengguna hari ini yang lebih menggemari makanan dan minuman yang lebih sihat. Kami juga mahu memastikan menu ini dapat memenuhi keperluan setiap individu yang berkunjung ke OldTown White Coffee bukan sahaja bagi mereka yang sudah berkeluarga, bahkan mereka yang menjaga diet pemakanan.

“Penggunaan ayam yang berasaskan tumbuhan yang tinggi dengan serat dan telur OnlyEg yang bebas kolesterol, kaya dengan protein, tanpa pewarna dan perisa sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet vegetarian,” katanya.

Eda Hayati berkata bagi minuman pula, susu oat digunakan bagi menggantikan produk tenusu untuk memberi alternatif buat mereka yang inteloransi laktosa menikmati minuman istimewa dan sensasi rasa seakan sama dengan minuman sedia ada.

Sebelas menu makanan yang akan diperkenalkan iaitu BBQ Dry Curry Egg Noodles, BBQ Dry Egg Noodles, BBQ Egg Noodles Soup, BBQ Rice Bowl, Hainanese Chick’n Chop Rice, OldTown Nasi Lemak with Chick’n Curry dan Ginger Chick’n Steamed Rice serta Chick’n Popcorn Bites yang terdapat tiga pilihan.

Bagi kesemua menu makanan ini, pelanggan juga boleh menambah hidangan sampingan OnlyEg sama ada goreng atau stim.

Bagi minuman pula, enam pilihan yang disediakan iaitu White Coffee Latte, Mocha Cookie Crumble, Black Sesame White Coffee, Coconut Candy White Coffee Latte, OldTown Enriched Chocolate dan Gula Melaka Milk Tea with Oat Milk.

“Apa yang lebih menarik, harga makanan dan minuman yang ditawarkan ini tidak jauh beza daripada menu sedia ada selain memberi nilai tambah apabila pelanggan dapat menikmati makanan sihat pada harga berpatutan,” katanya.

OldTown juga memasukkan tanda alergen dan nilai kalori bagi setiap hidangan atau minuman untuk memastikan pelanggan mengetahui kandungan kalori serta jenis alergen. 

Jenama tersebut juga telah berkerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

Menu sihat yang diperkenalkan ini adalah sebagai tambahan kepada menu sedia ada yang digemari ramai sejak dulu lagi. Pelancaran menu baharu serta menu sihat bermula pada 15 Mei di seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here