BEIJING, 21 Mei – Perdana Menteri Rusia Mikhail Mishustin akan melakukan lawatan rasmi ke China pada 23 hingga 24 Mei, atas undangan Perdana Menteri China Li Qiang. 

Jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin memaklumkan bahawa selain Beijing, Mishustin juga dijadual berkunjung ke bandar raya Shanghai.

Wang menyatakan China dan Rusia merupakan jiran terbesar bagi satu sama lain serta pasaran baru muncul utama di dunia.

“Kerjasama antara kedua-dua negara mempunyai daya tahan yang kuat, potensi yang besar dan ruang perkembangan yang luas.

“Kami berharap lawatan PM Mishustin dapat memperkukuh lagi kerjasama dan memperdalam pertukaran sosiobudaya antara satu sama lain, sekali gus menyuntik momentum kuat kepada pemulihan ekonomi dunia,” kata beliau semasa sidang media pada Jumaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here