PUTRAJAYA, 8 Jun – Malaysia dan Indonesia pertama kali senada dalam usaha kedua-dua negara selaku pengeluar minyak sawit mempertahankan komoditi berkenaan yang berhadapan ancaman kempen anti sawit. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada kedua-dua kementerian dari kedua-dua negara di atas usaha sama mereka mencapai kata sepakat.

“Tahniah kepada kedua-dua Menteri kerana pertama kali satu suara mempertahankan kepentingan kelapa sawit,” katanya semasa sidang media bersama Presiden Joko Widodo di Kompleks Seri Perdana, hari ini. 

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi (KOMENKO) Indonesia, Dr Airlangga Hartarto telah menyertai misi bersama ke Kesatuan Eropah bagi melindungi kepentingan sektor minyak sawit kedua-dua negara.

Kunjungan itu adalah di bawah Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here