BEIJING, 14 Jun — Pengerusi Bosnia Herzegovina, Zeljka Cvijanovic menyifatkan China dan rakyatnya sebagai bersahabat.

Dalam satu wawancara eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG), beliau menzahirkan kegembiraan terhadap kerjasama Bosnia Herzegovina dan China dalam pelbagai projek.

“Setiap pertemuan dengan wakil China sangat menyenangkan hati, dan saya berharap wawancara kali ini akan dapat mempererat persahabatan antara rakyat kedua-dua negara,” tambah Cvijanovic.

Untuk rekod, jawatan pengerusi Bosnia Herzegovina dibuat secara penggiliran dan Sarajevo merupakan antara sebuah bandar yang paling awal mengendalikan trem di Eropah, namun trem di bandar itu tidak diperbaharui selama 60 tahun.

Pada 2021, syarikat China memenangi projek untuk menaiktarafkan trem di Sarajevo dan ia menjadi antara projek prasarana terbesar dalam tempoh puluhan tahun serta sangat signifikan bagi membaiki perkhidmatan pengangkutan awam di bandar itu.

Selain itu, projek ikonik Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) iaitu Stesen Janakuasa Angin Ivovik akan beroperasi menjelang akhir tahun ini di Bosnia Herzegovina.

“Dengan pelaburan dan bantuan China, banyak projek penting dibina di Bosnia Herzegovina dan saya sangat bangga dengan projek-projek itu,” ujar Cvijanovic.

Pada masa sama, sejumlah syarikat Bosnia Herzegovina memperkenalkan produk masing-masing ke pasaran China melalui mekanisme dan platform kerjasama China-negara-negara Eropah Tengah dan Timur.

Menurut Cvijanovic, terdapat banyak contoh kerjasama yang baik dalam platform tersebut dan sejumlah besar projek dilaksanakan di Bosnia Herzegovina serta di rantau itu juga adalah melalui platform yang sama.

“Saya sangat bersetuju dan menyokong terhadap pelbagai inisiatif dan konsep yang dikemukakan China bagi mendorong kestabilan, pembangunan dan kerjasama sejagat.

“Ini adalah kerana dunia memerlukan kedamaian, orde, koordinasi, kerjasama dan interaktif, manakala tindakan permusuhan pula perlu diminimumkan dengan sebanyak mungkin,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here