Ritual ambil benih api untuk Sukan Asia ke-19 telah diadakan di Gunung Damojiao, Tapak Peninggalan Sejarah Kota Purba Liangzhu, bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang China hari ini.  

Benih api terbabit berjaya diambil menerusi pembiasan sinar matahari dengan menggunakan kanta cekung.  

Tapak Peninggalan Sejarah Kota Purba Liangzhu adalah tempat suci yang mencerminkan peradaban China yang bersejarah lebih lima ribu tahun. Berlangsungnya ritual ambil benih api di tempat berkaitan asal-usul kebudayaan China menandakan hasrat rakyat China yang baik mahu mempamerkan peradaban negara ini yang bersejarah lama kepada Asia, melalui penyemarakan api sukan, peradaban dan kedamaian yang menyimbolkan perpaduan benua Asia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here