KUALA LUMPUR, 21 Jun – Tempoh lesen KL MADANI yang dijadualkan tamat pada 30 Jun ini, dilanjutkan lagi untuk enam bulan mulai 1 Julai ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelanjutan lesen KL MADANI yang dahulunya dikenali sebagai lesen Wilayah Bebas Berniaga atau KL Prihatin bertujuan memperkasakan peniaga dan penjaja kecil di ibu kota.

“Kadar bagi pembaharuan lesen ialah RM20 bagi fi lesen dan RM30 sebulan bagi caj perkhidmatan selaras dengan tempoh dan kadar lesen sementara yang ada,” menurut kenyataan itu.

Justeru, pemegang lesen yang akan tamat tempoh, dikehendaki memperharui lesen secara dalam talian menerusi portal https://elesen.dbkl.gov.my.

DBKL turut mengingatkan mana-mana peniaga yang menjalankan perniagaan tanpa lesen sah, lesen tamat tempoh dan tidak mematuhi atau melanggar syarat-syarat lesen, akan dikenakan tindakan penguatkuasaan dan lesen tersebut boleh dibatalkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here