KUALA LUMPUR, 22 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Negeri Sembilan untuk ikut serta dalam sesi Temu Anwar pada Sabtu ini (24 Jun), di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.

Perdana Menteri menerusi catatan di Twitter hari ini berkata pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com.

“Saya menantikan soalan dan pendapat semua pihak dalam sesi santai dan penuh harmoni, bagi meraikan perbezaan serta pandangan.

“Kita jumpa Sabtu ini!,” kata Anwar.

Berdasarkan poster yang dikongsi menerusi catatan itu, sesi Temu Anwar akan berlangsung pada Sabtu ini, 1.30 petang di Dewan Tuanku Canselor USIM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here