KUALA LUMPUR, 24 Jun – Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya, GSPARX Sdn Bhd menawarkan pakej pemasangan solar mampu milik dan mudah akses untuk pelanggan kediaman.

Tawaran solar atas bumbung tanpa wang pendahuluan itu disediakan untuk pelanggan kediaman yang mahukan penjimatan jangka panjang bil elektrik mereka.

TNB dalam satu kenyataan hari ini berkata bagi meningkatkan kemampuan pelanggan memiliki pakej solarnya, GSPARX telah bekerjasama dengan institusi kewangan untuk menawarkan pelbagai pilihan pembiayaan yang fleksibel.

Pilihan tersebut termasuk pelan ansuran 36 bulan tanpa faedah melalui kad kredit atau pinjaman kewangan dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.

Melalui pilihan pembiayaan itu, GSPARX memudahkan pelanggan berubah menjadi prosumer untuk menikmati manfaat ekonomi dan pada masa sama mengawal penggunaan tenaga mereka sendiri.

Menerusi peranan sebagai prosumer, pelanggan dapat mengambil langkah proaktif untuk menangani kesan daripada sebarang kenaikan kos elektrik masing-masing.

Pendekatan berwawasan TNB dan tawaran inovatif GSPARX ini membolehkan pelanggan memulakan hala tuju ke arah gaya hidup lestari, berhemat dan lebih mesra alam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata pakej kepada 150 pelanggan terawal diperkenalkan dengan penjimatan sehingga RM 4,999 untuk pemasangan solar photovoltaic (PV) atas bumbung, bermula hari ini hingga 31 Julai 2023.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here