BEIJING, 26 Jun — Majlis Perasmian Rundingan Pusingan Ketiga Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0 diadakan di Kunming, provinsi Yunnan pada Ahad.

Rundingan yang dijadual berlangsung selama empat hari itu disertai oleh sekitar 370 pegawai dari badan-badan yang berkaitan di China, 10 negara ASEAN dan Sekretariat ASEAN.

Naib Menteri Perdagangan China, Wang Shouwen, dalam ucaptamanya berkata pembinaan CAFTA versi 3.0 akan meningkatkan tahap perkongsian strategik komprehensif secara menyeluruh.

“Dengan mengintensifkan kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang ekonomi digital, ekonomi hijau serta rantaian bekalan dan rantaian industri, ia akan mendorong pembangunan hubungan ekonomi dan perdagangan yang berkualiti tinggi, selain menggalakkan proses integrasi ekonomi serantau,” kata beliau.

Wang yang juga merangkap Wakil Rundingan Antarabangsa Kementerian Perdagangan berkata China bersedia berusaha bersama dengan pelbagai pihak dari ASEAN mempertingkatkan tahap keterbukaan dan kerjasama CAFTA versi 3.0, serta mencapai perjanjian yang inklusif, moden, komprehensif dan saling untung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here