China bersedia bekerjasama dengan semua pihak untuk menyokong multilateralisme dan perdagangan bebas, serta menolak amalan unilateralisme dan perlindungan.

Demikian ujar Perdana Menteri Li Qiang semasa pertemuan bersama Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) Ngozi Okonjo-Iweala di Tianjin, pada Isnin.

Li berkata China akan menyumbang kepada kemajuan reformasi WTO dan mempertahankan status pertubuhan itu sebagai saluran utama penggubalan peraturan antarabangsa dalam sistem perdagangan pelbagai hala.

Menurut beliau, China akan memikul tanggungjawab dan kewajipan yang sepadan dengan tahap pembangunan ekonomi dan keupayaan sendiri, serta melindungi hak dan kepentingan sah negara membangun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here