VIENTIANE, 28 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan tidak akan bertolak ansur dalam soal tadbir urus dan rasuah dalam pentadbirannya.

Beliau berkata adalah menjadi komitmen Kerajaan Perpaduan untuk memulakan budaya baharu yang bebas salah guna kuasa dan rasuah.

“Perkara yang tidak boleh dikompromi ialah budaya menggunakan kedudukan sebagai penjawat awam (untuk mengayakan diri dan keluarga anda).

“Sebaik sahaja anda menjadi Perdana Menteri, isteri, anak-anak dan ipar-duai tiba-tiba menjadi jutawan. Ini perlu dihentikan,” katanya.

Majlis tersebut, yang diadakan sempena lawatan rasmi Anwar ke Laos, dihadiri kira-kira 230 komuniti Malaysia di negara itu.

Anwar juga berkata kerajaan pimpinan beliau akan memudah cara dan sedia menjalin kerjasama untuk menggalakkan kemasukan pelaburan asing ke Malaysia termasuk ke negeri pembangkang.

Merujuk kepada perjanjian kerjasama antara Mutiara Perlis Sdn Bhd dan Thanaleng Dry Port yang ditandatangani hari ini, Perdana Menteri berkata ia penting untuk pembangunan Perlis serta selatan Thailand.

“Walaupun Perlis di bawah PAS, saya tetap bagi sokongan,” katanya.

Pada majlis itu, Anwar turut merasmikan bangunan Kedutaan Malaysia di Laos yang telah dibeli oleh kerajaan sejak 2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here