“Kerjak kuet untuk derik bek belak, ba masak ba senge bek,” : bererti bekerja kuat untuk diri sendiri, demi masa depan awak.

Itu antara nasihat yang sering diungkapkan masyarakat Orang Asli suku kaum Mendriq kepada ahli keluarganya sebelum memulakan aktiviti harian seperti memburu haiwan dan bercucuk tanam di hutan.

Namun sejak tahun-tahun belakangan ini, ucapan berunsur nasihat itu yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi, semakin jarang kedengaran dalam kalangan penduduk Kampung Kuala Lah, di Gua Musang, Kelantan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here