Pameran jerayawara ‘Journey Through Civilizations’ anjuran Kumpulan Media China (CMG) dirasmikan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Khamis.

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapannya menerusi pautan video berkata, berpandukan Inisiatif Peradaban Global (GCI) yang dikemukakan Presiden Xi Jinping, rakyat China berusaha ke arah membangunkan peradaban moden bangsa Cina sekali gus menyumbang kepada kemajuan baharu perkembangan tamadun manusia.

Majlis perasmian turut dihadiri Timbalan Setiausaha Agung PBB Miguel Angel Moratinos, Movses Abelian dan Xu Haoliang, Wakil Tetap China ke PBB Zhang Jun, serta diplomat, wartawan dan tokoh pelbagai lapisan masyarakat.

Difahamkan, pameran jerayawara itu akan berlangsung hingga November di Amerika Syarikat (AS), Britain, Mesir, Kenya, Peru dan beberapa negara lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here