KUALA LUMPUR, 3 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Rabu ini untuk membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri yang terlibat.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata mesyuarat itu susulan penerimaan notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan daripada Speaker DUN masing-masing.

“Mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRN seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Satu sidang media juga akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here