JAKARTA, 14 Julai – ASEAN serta China, Jepun dan Korea Selatan perlu mengukuhkan kerjasama dan bersama-sama menghadapi cabaran, kata diplomat kanan China Wang Yi pada Khamis.

Beliau yang menghadiri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN + 3 (APT) itu berkata APT merupakan antara mekanisme paling matang untuk kerjasama serantau Asia Timur.

Wang Yi menggesa negara serantau supaya meningkatkan usaha untuk memulihkan ekonomi dan China menyokong kerjasama ekonomi serta teknologi menerusi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) selain membantu ASEAN meningkatkan kebolehan untuk melaksanakan perjanjian perdagangan bebas RCEP.

Selain itu, Wang Yi turut menggesa negara serantau menggalakkan pembangunan mampan,   menyambung semula pertukaranan pegawai, menambah penerbangan komersial dan penyambungan semula kemasukan pelancongan secara teratur.

Wang mengemukakan tiga cadangan dalam kerjasama APT termasuk mematuhi keterbukaan dan kerjasama, mempercepat proses integrasi serantau, melaksanakan sepenuhnya RCEP sebagai peluang, menyokong penyertaan Hong Kong dalam RCEP.

Beliau juga mencadangkan pelaksanaan keselamatan bersama dan terus meningkatkan keberkesanan tindak balas krisis dengan China akan terus menderma dana kepada mekanisme Rizab Beras Kecemasan APT, mengukuhkan sistem maklumat keselamatan makanan ASEAN dan memastikan keterjaminan makanan serantau.

Wang berkata China menyokong kenyataan ASEAN mengenai pembangunan ekosistem kenderaan elektrik APT, dengan negara itu akan terus menggalakkan kerjasama dalam bidang pembasmian kemiskinan, pertukaran pegawai untuk pelaksanaan pembangunan luar bandar.

Sementara itu, Menteri-menteri luar Jepun, Korea Selatan dan ASEAN berkata mekanisme APT didapati dapat mengembangkan bidang kerjasama.

Mekanisme itu juga telah memainkan peranan penting dalam membantu negara serantau mencapai pemulihan segera daripada pandemik COVID-19 dan pembangunan mampan serta menjadi faktor pengukuh kestabilan.

Semua pihak menyokong rangka kerja kerjasama serantau yang berpusatkan ASEAN yang terbuka dan inklusif, mematuhi multilateralisme dan mengekalkan keamanan, kestabilan serta kemakmuran serantau.

Di samping itu, menteri-menteri berkenaan bersetuju untuk mewujudkan bidang pertumbuhan baharu seperti ekonomi digital, inovasi dan teknologi, transformasi tenaga dan kenderaan elektrik untuk menyuntik dorongan baharu ke dalam ketersambungan serta daya tahan serantau selain membantu ASEAN menjadi pusat pertumbuhan global.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here