ROM, 17 Julai – Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Catania di selatan Itali digantung ekoran kebakaran pada Ahad.

Sac, syarikat yang menguruskan Lapangan Terbang Antarabangsa Vincenzo Bellini, berkata penerbangan digantung sehingga sekurang-kurangnya 8 pagi (0600 GMT) Isnin.

Anggota bomba yang memadamkan kebakaran berkata keadaan di situ sukar dan mencabar, menurut Agensi Berita ANSA.

Agensi itu melaporkan bahawa anggota bomba menerima panggilan mengenai kebakaran di lapangan terbang di pantai timur Sicily itu kira-kira 11.30 malam Ahad. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here