NEW YORK, 19 Julai – Persatuan Industri Semikonduktor (SIA) pada Isnin menggesa Washington untuk “mengelak daripada mengenakan sekatan selanjutnya” terhadap penjualan cip ke China, pasaran komersial terbesar dunia bagi semikonduktor komoditi.

“Langkah berulang untuk mengenakan sekatan yang terlalu luas, samar-samar dan kadangkala sekatan unilateral berisiko mengurangkan daya saing industri semikonduktor AS, mengganggu rantaian bekalan, menyebabkan ketidaktentuan pasaran dan mendorong peningkatan tindak balas berterusan oleh China,” menurut SIA.

SIA juga menggesa pentadbiran AS untuk mengelak daripada sekatan selanjutnya sehingga ia melibatkan diri secara lebih meluas dengan industri dan pakar untuk menilai kesan sekatan semasa dan berpotensi.

Kenyataan itu dibuat ketika pentadbiran Joe Biden sedang mempertimbangkan untuk mengemas kini peraturan yang ditetapkan pada Oktober lalu yang bertujuan untuk menyekat industri cip China dengan mengehadkan kerjasama syarikat AS dengan pengeluar cip China.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat semikonduktor terbesar AS dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan pegawai AS minggu ini untuk membincangkan potensi sekatan baharu ke atas eksport ke China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here