PHNOM PENH, 19 Julai – Kemboja akan mengadakan pilihan raya Senat kelimanya pada 25 Februari 2024, menurut keputusan yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Hun Sen.

Mengikut peraturan, pilihan raya Senat diadakan setiap lima tahun. Pada pilihan raya terakhir yang dijalankan pada Februari 2018, Parti Rakyat Kemboja (CPP) yang memerintah memenangi 58 kerusi.

Senat keempat mempunyai 62 senator, termasuk 52 lelaki dan 10 wanita, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Daripada 62 penyandang senator, 58 dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya, dua dilantik oleh Raja dan yang lain dipilih oleh Dewan Negara.

Senat keempat mengadakan sidang pertamanya pada 23 April 2018, dipengerusikan oleh Raja Norodom Sihamoni. Presiden Senat ialah Samdech Say Chhum, yang juga Naib Presiden CPP.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here