HONG KONG, 21 Julai – Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) China, John Lee, akan mengetuai delegasi lawatan ke Singapura, Indonesia dan Malaysia pada Ahad ini.

Lawatan itu untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam bidang perdagangan, ekonomi dan pelaburan antara Hong Kong dan negara anggota ASEAN, selain meneroka peluang perniagaan.

Menurut jabatan perkhidmatan maklumat kerajaan HKSAR pada Khamis, lawatan itu juga bertujuan untuk mengetengahkan kelebihan unik, kekuatan dan peluang terkini yang boleh ditawarkan oleh Hong Kong kepada komuniti politik dan perniagaan tempatan.

Delegasi itu terdiri daripada pegawai kerajaan HKSAR dan wakil dari pelbagai sektor termasuk industri, perdagangan dan perkhidmatan kewangan.

Lee akan berlepas pulang ke Hong Kong pada 29 Julai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here