BEIJING, 21 Julai – Presiden China Xi Jinping menekankan tentang usaha untuk mengukuhkan perlindungan tanah ladang secara berkesan, serta meningkatkan kualiti tanah pertanian dengan sepenuhnya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat kedua Jawatankuasa Hal Ehwal Kewangan dan Ekonomi Pusat pada Khamis.

Xi turut menggesa agar potensi penggunaan tanah masin-alkali diteroka secara pragmatik untuk memperluas ruang pengeluaran pertanian dan meningkatkan kemampuan pengeluaran pragmatik pertanian.

Difahamkan, mesyuarat itu menekankan bahawa perlindungan tanah ladang merupakan projek sistematik, manakala usaha perlu dilakukan untuk memastikan tanah ladang seluas sekitar 120 juta hektar di China tidak berkurangan.

Justeru, mesyuarat memutuskan bahawa tanah ladang asas akan dibangunkan menjadi tanah ladang moden dengan kemampuan memberikan hasil secara tinggi dan stabil, manakala tanah terbiar pula akan dirawat dan digunakan dengan baik.

Antara lain yang diperbincang adalah usaha untuk memanfaatkan sumber tanah bukan konvensional menerusi peningkatan penyelidikan dan pelaburan, serta mencari model pembangunan yang berkesan untuk melepasi halangan semula jadi bagi isu kekurangan tanah ladang konvensional.

Mesyuarat itu turut menggesa agar berusaha membendung trend pemasinan tanah ladang dan mengendalikan tanaman yang sesuai dengan tanah masin-alkali.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here