BEIJING, 24 Julai – Presiden China, Xi Jinping, akan menghadiri acara perasmian Sukan Universiti Musim Panas Dunia (Universiade) yang ke-31 di Chengdu pada 28 Julai ini.

Selain itu, beliau juga akan mengadakan majlis jamuan menyambut kedatangan pemimpin negara-negara luar, serta mengadakan sesi pertemuan dua hala.

Antara pemimpin asing yang sudah mengesahkan kehadiran ialah Presiden Indonesia Joko Widodo, Presiden Mauritania Mohamed Ould Ghazouani dan Presiden Burundi Evariste Ndayishimiye, Presiden Guyana Dr Mohamed Irfaan Ali, Perdana Menteri Georgia Irakli Garibashvili dan Perdana Menteri Fiji Sitiveni Rabuka.

Untuk rekod, perkampungan atlet Universiade Dunia ke-31 yang terletak di kampus Universiti Chengdu telah dirasmikan pada 22 Julai lalu.

Luas kawasan perkampungan mencecah 660,000 meter persegi, dengan menempatkan termasuk 10 pangsapuri yang boleh menampung kira-kira 11,000 orang, serta prasarana lain seperti dua kantin atlet, pusat perkhidmatan, pusat perubatan, gim, veneu latihan bola keranjang dan kolam renang.

Ketika berlangsungnya temasya sukan kali ini, diunjurkan lebih 100 kontinjen yang terdiri daripada kira-kira 8,000 individu akan menginap di perkampungan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here