ALGIERS, 25 Julai – Jumlah kematian akibat kebakaran hutan di utara Algeria meningkat kepada 34, termasuk 10 anggota tentera, menurut Kementerian Dalam Negeri pada Isnin.

Kementerian itu berkata kira-kira 8,000 anggota bomba dikerahkan bagi memadamkan kebakaran di 11 wilayah, sebanyak 529 trak serta beberapa helikopter pemadam api turut digunakan.

Kebakaran itu bermula pada Ahad melibatkan wilayah Bejaia, Jijel dan Bouira dan api marak dengan cepat disebabkan angin kencang. 

Menjelang lewat Isnin, sebanyak 97 kebakaran hutan dilaporkan di 16 wilayah, menjadikan jumlah kematian meningkat daripada 15 kepada 34 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here