KUALA LUMPUR, 27 Julai – Malaysia menyasar meningkatkan ekonominya menjadi antara 30 ekonomi terbesar di dunia dalam tempoh 10 tahun naik ke tangga ke-30 daripada kedudukan ke-37 dalam data Bank Dunia pada 2022 dengan menumpukan kepada penyerantauan dan daya saing yang lebih besar, mengutamakan kerumitan ekonomi dan meningkatkan rantaian nilai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau berkata tumpuan utama adalah untuk menstruktur semula ekonomi bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia.

“Jika kita hanya berpuas hati dengan keadaan sekarang, ekonomi akan terus mencatat pertumbuhan antara 4 peratus.”

“Namun, jika kita berusaha gigih dan melaksana pembaharuan, kita mampu mencapai 5.5 peratus, malah saya percaya adalah tidak mustahil untuk kita menghasilkan pertumbuhan 6 peratus,” katanya.

Anwar berkata, negara perlu membentuk integrasi ekonomi yang lebih besar dengan negara jiran ketikai dunia sedang berdepan dengan kekangan rantaian bekalan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here