LJUBLJANA, 6 Ogos – Ribut dan hujan yang melanda Slovenia pada Jumaat telah menjejaskan dua pertiga negara dan nilai kerosakan dijangka melebihi €500 juta (AS$551 juta), kata Perdana Menteri Slovenia Robert Golob pada Sabtu.

Susulan kawasan penempatan dinaiki air, kejadian tanah runtuh dan sistem jalan raya terjejas, usaha untuk memulihkan kehidupan normal akan menjadi sukar, kata Golob selepas mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara.

Ribut pada Jumaat merupakan bencana alam terburuk dalam sejarah negara itu yang telah meragut tiga nyawa setakat ini.

Meskipun keadaan cuaca bertambah baik, banyak jalan masih ditutup.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here