BEIJING, 10 Ogos – Menteri Luar China Wang Yi akan melawat Singapura, Malaysia, dan Kemboja dari 10 hingga 13 Ogos.

Menurut Mao, lawatan Wang, yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) itu adalah atas jemputan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja Prak Sokhonn.

Tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-10 visi membangun komuniti berkongsi nasib dan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan negara di Asia Tenggara itu berada di barisan hadapan dalam memajukan wawasan berkenaan. 

Beliau berkata hubungan China dengan Singapura, Malaysia dan Kemboja berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan yang kukuh, manakala China dan Singapura telah menjalin perkongsian berorientasikan masa depan berkualiti tinggi secara menyeluruh.

China dan Malaysia pula telah mencapai persefahaman bersama untuk membina komuniti berkongsi nasib, manakala China dan Kemboja sedang berusaha untuk memulakan era baharu membina komuniti China-Kemboja yang berkualiti tinggi, kata jurucakap itu.

Menurutnya, China berharap lawatan itu akan meningkatkan komunikasi strategik dengan tiga negara Asia Tenggara itu dan meletakkan ciri baharu dalam hubungan China-Singapura untuk bertindak bagi mencapai kemajuan kukuh dalam membina komuniti berkongsi nasib dengan Malaysia dan Kemboja selain memperkukuh kerjasama BRI yang berkualiti. 

China bersedia untuk bekerjasama dengan tiga negara berkenaan dalam menjayakan Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Tamadun Global, meningkatkan pemulihan ekonomi, menjaga keamanan dan ketenteraman.

Selain itu, beliau berkata China turut bersedia untuk memperkukuh pertukaran dan pembelajaran bersama serta memberi sumbangan lebih besar ke arah keamanan, kestabilan dan pembangunan wilayah dan selainnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here