SEREMBAN, 13 Ogos – Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan Isnin (14 Ogos) sebagai cuti peristiwa untuk Negeri Sembilan, berikutan kejayaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Hari Isnin ialah cuti peristiwa bagi Negeri Sembilan,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, selain ratusan penyokong yang bersama-sama meraikan kemenangan itu.

PH dan BN berjaya membentuk kerajaan negeri dengan PH memenangi 17 kerusi manakala BN 14 kerusi. Perikatan Nasional (PN) memenangi lima kerusi di negeri itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here