BEIJING, 18 Ogos — Jumlah barang-barang yang dikendalikan di pelabuhan China menampakkan peningkatan besar sejak awal tahun ini.

Dengan prestasi yang baik, ia sekali gus memberikan sokongan besar terhadap perdagangan luar, permintaan domestik dan perkembangan sosioekonomi.

Baru-baru ini, kapal kargo dengan muatan lebih 1,000 kontena yang mengandungi produk mekanikal, seramik dan kimia berlepas dari pelabuhan Qingdao dan menuju ke negara seperti Korea Selatan dan Singapura.

Sejak awal tahun ini, Qingdao telah memperkenalkan 15 laluan perkapalan perdagangan luar yang baharu, menghubungkan China dengan banyak negara anggota Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Memetik data Kementerian Pengangkutan China, untuk separuh pertama tahun ini, pelabuhan China telah mengendalikan sejumlah 8.19 bilion tan barang, peningkatan lapan peratus dari tahun ke tahun.

Antaranya, jumlah perdagangan domestik meningkat 7.6 peratus, manakala jumlah dagangan luar pula menokok 8.9 peratus. 

Jumlah kendalian kontena pula mencatatkan sebanyak 150 juta kontena, menokok 4.8 peratus.

Pada masa sama, kecekapan operasi di pelabuhan juga berkait rapat dengan peningkatan taraf kecerdasan.

Di Pelabuhan Zhoushan, Ningbo, alat automatik baharu yang lengkap dilihat berjaya meningkatkan kecekapan. 

Di Pelabuhan Yangpu, Hainan, projek pembinaan terminal automatik pula sedang dipercepat.

Kini, jumlah terminal automatik pelabuhan di China adalah yang paling banyak di dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here