BEIJING, 28 Ogos – Presiden China Xi Jinping mendengar laporan kerja oleh kerajaan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang dan Kor Pengeluaran dan Pembinaan Xinjiang di Urumqi pada Sabtu. Setelah mendengar laporan itu, Xi memberi ucapan penting dan memuji kejayaan kerja di wilayah itu.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, mengatakan bahawa pihak-pihak berkaitan perlu meletakkan tugas menjaga ketenteraman masyarakat di tempat keutamaan, sementara itu, memelihara kestabilan di samping mempergiat pembangunan.

Xi menegaskan, Xinjiang menghadapi peluang baharu dan perlu melakar kejayaan baharu dalam pembinaan pola pembangunan baharu, pemerkasaan pembangunan bermutu tinggi dan modenisasi ala China.

Beliau mengingatkan Xinjiang agar memanfaatkan kelebihan sumber asli, lokasi dan industri wilayah autonomi itu, mempromosi inovasi sains dan teknologi, mengembangkan sektor perindustrian khas, mengembangkan industri baharu, mempercepat pembinaan sistem industri moden yang mempunyai keunikan dan keunggulan Xinjiang, mendorong Xinjiang memasuki landasan pembangunan bermutu tinggi dan bersama-sama wilayah lain membina negara sosialis moden secara menyeluruh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here