BEJING, 1 Sept — China akan mengadakan Forum ketiga Jalur dan Laluan (BRF) di Beijing pada Oktober yang turut diadakan bersempena meraikan ulang tahun ke-10 Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Menurut jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin pada Khamis, ia sekali gus menjadi kerjasama penting pelbagai pihak dalam usaha membangunkan BRI secara berkualiti tinggi.

“BRI yang memfokuskan kepada kesalinghubungan bertujuan untuk menyediakan platform baharu kepada kerjasama ekonomi antarabangsa, di samping menjadi penjana bagi pembangunan negara dan pertumbuhan ekonomi sejagat.

“Sejak dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping pada sedekad yang lalu, inisiatif terbabit diiktiraf sebagai produk awam yang paling diminati masyarakat antarabangsa dan wahana kerjasama antarabangsa dengan skala terbesar,” kata beliau.

Tambah Wang, pada 10 tahun lalu China telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan lebih 150 negara dan 30 pertubuhan antarabangsa, menyaksikan hasil yang melimpah.

Jelas beliau, lebih 3,000 projek kerjasama dalam kerangka berkenaan telah menarik pelaburan bernilai USD1 trilion (RM4.64 trilion), yang merangkumi projek ikonik negara dan berkait dengan kehidupan rakyat.

“China akan memanfaatkan momentum BRF ke-3, mengambil pengalaman dan menggariskan cetak biru bagi mendorong pembangunan bermutu tinggi BRI,” kata Wang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here