HAVANA, 18 Sept – Kumpulan 77 Negara (G77) dan China perlu terus berpegang kepada visi dan misi yang menekankan kemandirian dan solidariti untuk pembangunan bersama, kata utusan khas kepada Presiden Xi Jinping, Li Xi.

Li berkata kedua-dua pihak perlu mengamalkan nilai-nilai kebersamaan yang menjadi milik umat manusia, menyelesaikan perselisihan dan persengketaan antara negara secara damai dan bersinergi memelihara kedamaian dan keamanan dunia.

Beliau berucap pada Sidang Kemuncak G77-China pada Jumaat minggu lalu di sini. 

Li yang juga anggota tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Setiausaha Suruhanjaya Pemerikasaan Disiplin Pusat PKC berkata, G77 dan China diharap menyemarakkan semangat keadilan, saksama dan inklusif untuk menggalakkan penggubalan dan pelaksanaan pelbagai agenda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selaras dengan kepentingan pembangunan negara-negara membangun.

“Selain itu, hendaklah memegang konsep tadbir urus global yang menekankan rundingan bersama, pembinaan bersama dan kesudian berkongsi untuk melantangkan suara negara-negara membangun dan menjadikan mereka semakin relevan di pentas dunia. G77 dan China juga perlu menggembleng tenaga menghidupkan semula Perkongsian Pembangunan Sejagat.

“Sistem kerjasama sains dan teknologi Selatan-Selatan yang terbuka, inklusif dan saling menguntungkan patut dibentuk supaya dapat membantu pelbagai negara menikmati dividen pembangunan digital secara sama rata dan memastikan negara membangun mana-mana pun tidak ketinggalan dalam pembangunan teknologi dan industri baharu,” kata Li.

Beliau berkata China sebagai negara membangun terbesar di dunia, bersama dengan negara membangun yang lain merupakan satu komponen dalam komuniti berkongsi nasib.

“Negara ini bersedia bersama dengan annggota G77 menginspirasikan impak sosial secara maksimum dalam pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang tersenarai sebagai produk awam, mengatasi masalah pembangunan dan membina Komuniti Berkongsi Nasib Selatan Global demi pembangunan bersama pada era baharu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here