BEIJING, 24 Sept – China dan Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk menubuhkan dua kumpulan kerja dalam bidang ekonomi, sebagai melaksanakan konsensus penting dicapai pemimpin dua negara di Bali.

Menurut Kementerian Kewangan China (MOF), keputusan itu dibuat berdasarkan persepakatan antara Naib Perdana Menteri China He Lifeng dengan Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen.

Difahamkan, kumpulan kerja berkenaan merangkumi sektor ekonomi dan kewangan.

Kumpulan kerja ekonomi akan diketuai bersama oleh pegawai peringkat naib menteri dari MOF dan Jabatan Perbendaharaan AS.

Kumpulan kerja kewangan pula dipengerusikan bersama pegawai peringkat naib menteri dari Bank Rakyat China dan Jabatan Perbendaharaan AS.

Dua kumpulan kerja itu akan mengadakan mesyuarat secara berkala dan ad-hoc untuk memperkukuh komunikasi dan pertukaran mengenai isu ekonomi dan kewangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here